Showing posts with label MY STORY. Show all posts
Showing posts with label MY STORY. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Takde mood

Korang pernah tak bangun-bangun tidur je takde mood. Takde mood nak bercakap, takde mood nak melayan orang dan menyampah tengok muka orang yang tidur sebelah. Huhuhu..

Aku pernah..tapi masa kecik-kecik dulu la. Kalau sekarang ada tabiat macam ni memang dapat dosa la aku hari-hari sebab menyampah tengok muka laki sendiri :P..huhu..

Dulu masa kecik2 aku selalu tidur dengan abang kembar aku..Bila bangun pagi tu..kalau nampak muka dia je rasa macam nak tumbuk sebijik. Lepas tu kalau siapa-siapa bercakap dengan aku bila aku baru bangun tidur pepagi..memang aku takkan layan..lantak ko la cakap sorang sorang.. ahaha.. Kalau pepagi tu memang susah sangat nak dengar suara aku.

Aku pon tak paham kenapa la aku ni moody sangat bila bangun pagi masa kekecik dulu. La ni, aku takut kalau anak aku terikut perangai aku. Hahaha.. Kadang-kadang dia macam tu jugak. Kalau dia takde mood tu, ko jangan la pegang dia..memang dia tarik muka. Kalau pegang tangan dia nanti dia tarik tangan dia..siap dengan suara 'huh' dia tu..

Macam malam tadi..masa bawak Aqeef pergi jenjalan masa tu dia baru lepas merengek. Aku pon pujuk la dia. Pegang tangan dia..usap-usap. Tiba-tiba dia tarik. Mak aiii.. pastu babah dia pon cakap..ummi pegang takmo.. riba kat ummi nak pulak.. huhuhu..

Hari ni 14hb genap umur dia 1 tahun 4 bulan. Ada jugak yang tanya bila nak tambah lagi.. Aduh.. yang ni pon lasak sampai perut ummi dia pon dia pijak2..camne nak tambah lagi.. hahahha


Tuesday, March 27, 2012

Doakan kami..

Masuk bulan Mac tahun ni (dah nak habis bulan Mac pon) dah cukup 4 tahun aku duduk rumah mak bapak mertua. Selama aku duduk dengan diaorg dan adik beradik ipar, macam² dah berlaku. Bersuka ria sama², berduka sama², bergaduh pon ada juga. Hahaha.. biasala gaduh sikit² kan. Takde la sampai bercakaran or gaduh2 mulut. Setakat merajuk² terasa hati sikit tu ada la.

Aku bersyukur sebab dapat mak bapak mertua yang baik. Diaorg takde terlalu control kitaorg. Apa nak buat, buat la. Janji tak susahkan diaorg. Kan ada sesetengah mak mertua yang terlalu control menantu. Buat ini tak boleh buat itu tak boleh. Rasa macam semua benda tak betul je pada dia. Semua nak ikut cara dia je.

Mak mertua aku ni pulak, bila aku ajak shopping barang² dapur, nak amek barang apa pon dia tanya aku dulu. Padahal aku dah cakap amek jela apa yang nak amek takyah tanye. Pastu bila dah sampai counter nak bayar je, tengok² tak banyak barang. Rupa²nya segan nak amek banyak². Hahahaha.. baik tak mak mertua ku. Tapi kalau dah baik sangat, orang kata nanti orang lain pijak kepala kita. Macam tu lah mak mertua aku..selalu je kena dengan orang lain. Nasib baik la aku tak amek kesempatan di atas kebaikan mak mertua ku itu. Ceh..puji diri sendiri nampak. Hahaha..

Bulan 6 ni InsyaAllah adik ipar aku(lelaki) nak kahwin dah. So, aku dan husband plan nak pindah. Bagi menantu baru pulak duduk situ. Huhu..

Aku dah usha² dah rumah..eh silap, apartment. Harap² plan kitaorg takde sebarang masalah. Korang doakan ya.

Oleo pon akan dibawa pindah sekali. Sekarang dia tengah pregnant. Kesian kat dia, dah banyak kali pregnant. Lepas ni nak kurung je kat rumah. Duduk rumah mertua ni takleh nak kurung dia, rumah dah padat dengan barang. Nak letak cage pon takde ruang yang luas.

Harap² bulan Mei nanti kitaorg boleh pindah ke apartment yang diidamkan tu. Huhuhu...Harap² jugak Oleo suka dengan tempat baru nanti.. wuhu!

Friday, December 30, 2011

Kerja gila


Masih teringat2 lagi cerita Tentang Dhia semalam. Sedih wo.. tapi kena control air mata. Kang ada pulak org yang gelakkan...kaann. Aku rasa ni la salah satu drama yang paling ramai orang meninggal. Betul tak? huhuhu..

Lepas tu malam pulak, layan sambungan citer 3 Idiots. Best ar citer tu. Tiba2 aku teringat zaman aku study dulu kat uitm. Pastu terus aku teringat kerja bodoh yang pernah aku buat dgn kawan aku, Zai. 

Time tu citer hindustan tgh meletup2 kat wayang. Kabhi Khushi Kabhie Gham kalo tak silap. Masa tu kitaorg tengok kat Sunway Pyramid. Naik bas lagi ko dari Shah Alam. First time tu. Sampai kat sana dah petang. 

Tujuan sebenar mmg nak tgk cerita tu sambil jalan2. Tapi bila tgk showtime dia, tinggal pukul 7:20pm je. Maksudnya pukul 10 la baru abes kan. Biasa la citer Hindustan.

Aku kesian kat Zai ni sebab dia tak tengok lagi citer tu. Pastu aku cakap.."Takpelah.kang kul 9 kita cabut la". Sebabnya tak nak tertinggal bas. 

Lagipon kitaorg TAK PERNAH lagi naik bas dari Sunway Pyramid. Dah la kena masuk UiTM sebelum pukul 11 malam. Kitaorg ni pulak dengan confident je fikir akan sampai UiTM sebelum pukul 11.Padahal ko tak pernah pon naik bas kat situ. Ntah ada ke tak bas nanti.

Kitaorg dapat seat paling depan sekali. Pening aku tengok. Dah la menari2 berpusing2..nak baca subtitle lagi. Memang buat keje la kitaorg haritu. Tengok2 jam dah kul 9... tapi kitaorg ni pulak tak pernah lagi kuar cinema sblm citer abes. Dah..macam mana ni? Aku tanye Zai, Zai tanye aku. Last2 kitaorg tgk sampai HABIS. hahaha..

Kuar cinema dah kul 10.Terus laju pergi naik bas. Sebelum tu tanya kat konduktor bas tu, lalu federal tak..sbb kitaorg nak turun kat bus stop dekat federal highway tu. Dia kata turun.. Hah lega..ada bas.

Tiba2 bas tu corner ke tempat lain. Lama2 tinggal kitaorg je dalam bas tu semua org dah turun. Alamak! Buatnyer diaorg rogol kitaorg dalam bas..MAMPUS! Terus kitaorg turun ntah kat mana ntah.. Lagipon tgk diaorg dah jauh haluan dari federal. Bodoh punyer konduktor.

Nasib baik la ada teksi lalu kat situ. Tu jelah satu2 kenderaan yang lalu situ. Korg bayangkan. 
Dia hantar sampai kat bus stop federal tu..tapi bas dari KL ke Shah Alam dah takde dah. Kalo ada duit byk dah lama dah naik teksi. Fikir punyer fikir, last2 boifren(skrg hasben) zai dtg amek kitaorg kat situ. Memang kerja giler betullah. 

Itu baru kerja giler aku ngan kawan. Belum lagi kerja giler aku buat sorang2. Adeh..Bila fikir2 balik, aku ni mmg bernasib baik tau. Kalo tak dah lama aku masuk dlm surat khabar kena samun ke kena rogol ke. Oh tidak.. Takmo ingat balik lah. Seram ni. Hahaha.. 

Friday, March 25, 2011

Kluang Rail Coffee tak halal


Hari rabu lepas kecoh pasal Kluang Rail Coffee ni tak halal kat FB. Ramai kawan2 aku yang kebanyakannya pengunjung setia kat situ bgtahu kopi Kluang Railway Station ni tak halal. Sampai kan ada yang siap call Pejabat Agama Johor nak confirmkan pasal benda ni.


Harini dah kuar dah kat Metro pasal benda ni. Boleh baca cerita selanjutnya kat myMetro.

Aku pon dah banyak kali jugak pergi cafe ni. Tapi tak pernah lagi minum kopi dia. Tak minum kopi pon aku terasa yang makanan lain pon belum tentu halal. Hoh.. dah tauke dia cina watpe fikir halal haram kan. Kita ni pon dengan yakin je g kedai dia minum2 makan2.

Pengajarannya di sini adalah.. pastikan ada logo halal.

Monday, November 22, 2010

Virtual Pet

Zaman sekolah dulu korang ada tak main permainan yang bela binatang mcm game tu. Aku pon dah tak ingat apa nama dia. Korang dulu ada tak benda ni.


Dulu aku ada satu. Bela anak dinosaur..huhu..masa tu memang tengah kemaruk la main benda alah tu. Semua kawan-kawan aku ada satu. Lepas tu masing2 berlumba2 nak jadi penjaga pet yang paling berjaya. Chewah...
Tapi main benda ni cepat boring ar.

Haritu aku terjumpa iklan playstation pasal eyepet. Ni pon virtual pet gak.  Dah macam2 sekarang ni. Korang layan la video ni. Malas nak citer banyak..hehe

Monday, November 15, 2010

Jariku melecur.. :(

Dah lama tangan aku ni tak melecur kena seterika. Sakiiitttt.. Ni semua sebab Oleo la ni... huhu.. Masa aku tgh iron baju boleh plak dia meleset2 kat kaki..pastu dia gigit kat betis. Kuat plak tu.. bercalar dah. Konon aku nak marah dia la, nak puk kepala dia.. dan dan tangan sebelah aku terkena iron yg panas tahap maximum tu.. aduuuhhh.. sakitnya lebih kurang sama mcm kena gigit kat betis.

Apela nasib ku di pagi subuh tadi. Dah kena gigit, bila nak marah kucing, kena sekali balasan time tu jugak.. Jari yang melecur ni mcm dah gelembung sikit. Terlambat letak ubat.

Atas dia tu dah gelembung sikit. Harap2 dia kecut balik la. Masa nak g keje tadi, aku hala kan ke aircond.. Rupa2nya makin sakit plak. Berdenyut2 macam nak pecah. Memang tak tahanlah. Cepat2 aku amek lip balm aku sapu kat situ... Aaahhh...lega giler. 

Padan muka aku..sebenarnya aku tak pernah cepuk kepala Oleo. Tadi pagi la first time aku buat. Sori yer Oleo.. hehe.. terperanjat tau tak. Lain kali nak manja2 jangan la gigit2. Hmmm.. Oleo Oleo..

Tuesday, November 9, 2010

Mimpi ular??..

Hai uolss.. hehe.. harini lambat sket post entry. G blogwalking dulu... jalan sana jalan sini. Dah ada mood nak mengarang baru la aku karang ni.

Malam tadi kan aku mimpi ular weh. Ular sawa plak tu. Tapi masa dia nak patuk tu kepala dia jadi macam ular tedung. Yang peliknya ular tu nak mematuk aku jerk... cess.. aku pegang kepala dia..berat betul. Nak tolak ke belakang takleh nak tolak ke tepi pon takleh. Pastu aku suruh adik laki aku yang buang dia. Pastu terus aku terjaga.

Kuang asamnyer mimpi. Tapi yang bestnyer aku cool jer. Hahaha.. kalo betul2 confirm aku menjerit2 mintak tolong. Nasib baik la aku jenis yang tak geli ngan ular. Ada setengah org tu tgk gambar ular pon dah geli. Kalo org bg aku pegang ular yg tak berbisa, aku pegang je. Pernah dulu aku pegang ular sawa, org tu suruh kiss kepala dia..aku kiss jerk. Pastu kawan2 aku semua larikk.. hahah..pastu aku blur..kenapa diaorg lari..hahaha..sengal kan..

Dulu kan..masa zaman aku tgh study..aku pernah mimpi naik sampan kat tengah2 tasik. (Tido waktu siang).. Aku naik sampan ngan sape pon aku dah tak ingat. Tapi berdua jela. Pastu tengah aku syok pegang2 air kat tasik tu.. sekor ular melompat kat tangan aku..dia patuk!.. pastu dia masuk balik dalam air.. Pastu kuar plak ular lain.. pon patuk kat tangan aku gak..waktu tu ada rasa cam sakit skit la. Pastu dia masuk balik dalam air.. Tak lama tu..kuar lagi ular yang ketiga..kali ni patuk mmg terasa sakit lebih sikit..Ular ni pon masuk balik dalam air. Tup tup kuar ular yang ke empat plak...yang ni mmg batuk berbisa.. sampaikan aku terjaga sambil pegang tangan.. siap tengok betul2 ada bekas kena patuk ke tak..huhu..

 Bila aku tengok tangan aku ok je..aku pon termenung kejap. Terus takmo sambung tdo.. mata ni terus terbukak luas. Gila la mimpi tu... 4 ekor ular patuk aku tau. Time tu aku masih blom kawen lagi.. mmg kalo cerita kat org, org kata ada org nak masuk minang.. tul tak.. tapi aku tak cerita kat sape2 pon. Aku cerita dekat ex-bf aku jer. Ex-bf aku tu adalah bf aku yang ketiga..tapi aku ubah cerita sket la..aku cakap 3 ekor ular jer yang patuk. Hahaha..sengal..konon mmg nak ex-bf aku tu yg masuk minang la.. kose i..

Tapi akhirnya aku berkahwin dengan bf aku yang ke empat. Husband aku yang sekarang ni la. Apakah mimpi itu ada maksud yang sama? Huhuhu..mungkin kebetulan je tu kan. Takmo la percaya kat mimpi2 ni. Tak baik tau...

Korang pernah ke mimpi jadi kenyataan?? atau sebaliknya???

Monday, November 1, 2010

1/11/10

Kenapa harini aku rasa boring sangat ek..
Rasa macam takde mood weh..
Kadang2 tu rasa cam semua benda buat aku marah.
Baling tisu tak masuk tong sampah pon aku nak marah?
Hampeh tul..

Sekarang ni baru pukul 11 lebih..
Harap2 lepas lunch hour nanti semua keboringan ni hilang..
Syuhhhh syuhhh..

Friday, October 29, 2010

Kena tag sudey...

Sebenarnya aku dah banyak sangat berhutang tag. Huhu.. bukan aku takmo buat, cuma malas sket :p tapi harini disebabkan aku rajin aku buat gak.

Thanks Sharz.. 


The rules :

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha"

Haa....25 random things, fact, habits, or goal about me..

  1. Dah kahwin...anak masih dalam perut..hehe
  2. Aku mempunyai seorang kembar lelaki. Aku panggil dia abang.
  3. Aku dan abang aku lebih rendah dari adik beradik yang lain. Mungkin sebab kitaorg berkongsi masa kat dalam kandungan mak aku kan.
  4. First time pakai produk kecantikan macam moisturiser ke pencuci muka ke sejak 18 tahun. Masa sekolah pakai bedak jer. X caya?
  5. Suka memasak.
  6. Bila masuk toilet kat rumah, takleh nampak kotor sket..mesti nak sental kasi bersih.
  7. Suka susun barang atau dalam erti kata lain tak suka berselerak.
  8. Pencinta kucing.
  9. Kalo balik dari kerja mesti layan kucing dulu.
  10. Suka pada semua warna. Hijau ke hitam ke coklat ke..ah..semuanyer aku suke.
  11. Kalo lambat sarapan, boleh pening kepala dan gastrik.
  12. Tak banyak bercakap. Lebih suka mendengar.
  13. Sedikit malas nak lipat kain. Tapi gagahkan juga melipat. Hehe
  14. Masa aku berumur 18 tahun, baru aku sedar dalam hidup aku, aku tak pernah gelarkan sape2 pon, kawan baik aku. Tapi kalo org dah anggap aku ni kawan baik dia aku akan hargainya.
  15. Aku bukan perempuan yang suka shopping. Kalo memang kena shopping tu lain la.
  16. Adik lelaki teringin sangat nak tengok aku menangis. Aku memang susah nak menangis depan orang.
  17. Tapi menjadi seorang yang senang menangis sejak kehilangan anak pertama (meninggal dalam kandungan).
  18. Berkahwin ketika berumur 26 tahun. Tahun 2008. So, boleh teka umur aku berapa sekarang ni.
  19. Aku berangan nak bukak pet shop atau pon cat boarding service.
  20. Kalo angan2 kat atas tu tak tercapai aku nak bukak butik. Jual baju muslimah atau baju maternity.
  21. Sangat suka bercuti sana sini. Tapi tak berkesempatan nak jalan-jalan sekarang ni.
  22. Tak berapa pandai bersolek. Ada sape2 nak ajar tak :P kekeke
  23. First time muka ku disolek penuh adalah masa kawen jer. Kuikuikui..
  24. Masa sekolah dulu paling suka subjek mengira ngan sains jer.
  25. Haaa..abes akhirnya.. tgh pening nak tag sape. Hehe..
Aku cuma nak tag 25 5 org jer boleh tak? Hihi.. kalo banyak2 aku tak sempat nak baca semua dan aku rasa nanti mesti tak semua buat pon..kaaannn..huhu

Wednesday, October 20, 2010

Tergelak aku baca lawak ni..

Blonde Answers the Final Question

A contestant on "Who Wants to be a Millionaire? " had reached the final Plateau. If she answered the next question correctly, she would win $1,000,000. If she answered incorrectly, she would pocket only the $32,000 Milestone money. And as she suspected it would be, the million-dollar question was no pushover.
It was, "Which of the following species of birds does not build its own nest, but instead lays its eggs in the nests of other birds?

Is it:
A) the condor
B) the buzzard
C) the cuckoo
D) the vulture

The woman was on the spot. She did not know the answer. And she was doubly on the spot because she had used up her 50/50 Lifeline and her Audience Poll Lifeline. All that remained was her Phone-a-Friend Lifeline.

The woman hoped she would not have to use it because her friend was, well ...blonde.
She had no alternative. She called her friend and gave her the question and the four choices. The blonde responded unhesitatingly: "That's easy. The answer is C: the cuckoo."

The contestant had to make a decision and make it fast. She considered employing a reverse strategy and giving Regis any answer except the one that her friend had given her. Considering that her friend was a blonde, which would seem to be the logical thing to do. But her friend had responded with such confidence, such certitude, that the contestant could

Not help but be persuaded.

"I need an answer," said Regis.

Crossing her fingers, the contestant said, "C: The cuckoo."

"Is that your final answer?"

"Yes, that is my final answer."

Two minutes later, Regis said, "That answer is absolutely correct! You are now a millionaire!"

Three days later, the contestant hosted a party for her family and friends, including the blonde who had helped her win the million dollars.

"Jeni, I just do not know how to thank you," said the contestant.

"How did you happen to know the right answer?"

Wait for it,,,,

"Oh, come on," said the blonde.. "Everybody knows that cuckoos don't build nests. They live in clocks. 


Sungguh bernasib baik.. :P

Tuesday, October 19, 2010

Sayang kain?? WTH...

Korang pernah tak pergi Giant Seksyen 18 Shah Alam. Kalo pernah, mesti korang tahu kat situ ada org India ke Bangla ke mamak tak tahu la...yg cuci kereta bawak beskal tu.

Haritu kete kitaorg kotor. Terkena air sampah. Macam mana boleh terkena ntah. Orang yg amek sampah tu nak cepat kot. Lepas tu air sampah tu dah kering. Dia jadi melekat dan likat. Banyak plak tu.

Pagi dalam kul 11 camtu kitaorg g Giant nak beli barang dapur. Alang2 tu suruh la mamat2 ni cuci kete. Husband pon cam malas je nak g antar cuci kat kedai. Sebenarnya aku tak berapa gemar cuci kete kat situ. Dah la bayar RM5, dia cuci pon macam tak berapa bersih jer aku tgk. Tapi takpelah. Aku fikir mungkin sekarang ni diaorg dah ok..sbb ramai yg cuci kete kat situ sekarang ni.

Kitaorg beli barang dapur sekejap je. Dah abes membeli belah tu kuar2 tgk mamat ni tengah lap2 kete. Pastu husband pon ternampak ada kesan kotor lagi kat kete. Mula2 tu aku malas la nak amek tahu.

Eiy bos (siap pggl bos lg).. kotor ni takleh hilang ke.

Tara boleh hilang la bos.

Tapi husband aku tak puas hati. Dia try kesat guna tgn boleh hilang sket.

Mari sini U punye kain. Takkan tak boleh hilang. Kasi kuat la lap. (sambil lap kotor tu sampai hilang)

Kotor la ini kain.

Aku dengar je dia ckp camtu..aku pon terus ar geram. 

Hey..Apesal U sayang sgt dengan kain tu. Kain tu kotor U cuci la.. boleh plak nak sayang2. eee...

Mamat tu buat tak tahu je. Sebenarnya banyak lagi kesan kotor tak hilang. Yang husband aku nampak tu tompok yg paling besar. Yang lain2 tu husband aku dah suh dia lap. Tapiiii dia langsung tak lap. Budussssss!!!

Husband aku pon membebel2 la.. 

Ni U nak kasi lap ke tak mau.

Kain nanti kotor laaa..

Kain kotor U kasi buang jela. (Dah geram)

Kain ni saya beli mahal, RM5. Satu kete punye harga. Takpela bos.. takyah bayar. 

Husband aku pon g jumpa dia.. Ntah apa dia bebel ntah..time ni aku dah masuk dalam kete dah malas nak amek tahu.. Marah lebih2 kang terkenan kat baby ni plak.. hahaha..

Husband aku bayar jugak RM5 tu. Amek plak..tapi kotor tu langsung ko tak lap. Husband aku geram, dia g amek semua gambar geng2 dia tgh cuci kete. Dia membebel la.. oooh..dah lama korang kat sini nak berlagak pulak. takper..siap korang.

Aku rasa kalo g kedai cuci kete pon kita suruh dia buat apa2 pon diaorg ikut jer. Dah la cuci luar ngan dalam. Siap vacuum semua. Bayar pon 10 hengget jer. Tapi last2 husband aku cuci kete sendiri je kat rumah.. kekeke..lg puas hati.

Wednesday, October 13, 2010

Kipas ajaib

Hoh..ajaib la sangat kan.. :p takde yang ajaib pon la. Ni ha.. kat ofis ni, aku duduk tempat yang dekat2 dengan tingkap. Aircond kat ofis ni pulak berada jauuuuhhh dari aku. Kadang2 tu rasa. Kadang2 tak rasa langsung. Selalunya dah tengah hari nak ke petang tu dah tak rasa sejuk.

Sejak preggy ni lagi la cepat je terasa panasss.. Nak sejukkan lagi aircond mcm kesian plak org yang kat bawah aircond tu. Kang beku plak otak dia di situ.. hehe..

Mempersembahkan...kipas ajaib ku.. kekeke

 Beli dengan harga RM9.90.. Murah jer

Nampak tak aircond tu jauh dari tempat aku. Walaupon dah tukar ke mode swing..masih jugak tak terasa. Entah la.. tapi takpe.. aku ada KIPAS AJAIB!!.. hihihi..



Monday, October 11, 2010

Facebook punyer pasal..


Huahuahua... buat malu jer kan. Sekarang ni macam2 kes disebabkan facebook.. Minggu lepas je tak silap aku ada 2 3 kes disebabkan fb ni. Sampai tikam perut kawan sendiri pon ada. Semuanya sebab kutuk mengutuk dan luah meluah kat dalam fb.

So, apa pendapat korang.

Thanks Puan Aida.. ;)

Pagi ni breakfast kami di sponsor penuh oleh Puan Aida.. beeesstt.. huhu.. Bak kata akak kat opis ni.. breakfast kita harini ala italian... 

Dengan ini, saya mempersembahkan gambar2nya..


Ini dia... spagetti bolognese dan juga cabonara


Hoh...sungguh menyelerakan..

 Yang ni memang terbaeeekkk.. huhu

Air adalah air teh o.. pon sodap.. bertambah ko.. :p

Kesimpulannya, semua sedap... baby kat dalam perut pon dah duk diam jerk. Kalo idak dok gerak2 mintak makan.. hihihihi...

Agak2 sape la yang nak buat macam ni lagi ek... :D


Friday, October 8, 2010

RM untuk Redmummy bukan Ringgit Malaysia okeyyyyy...hikss!


A HAH!.. entry kali ni aku nak citer serba sedikit pasal blog REDMUMMY.COM ni. Aku rasa korang pon mesti pernah menyinggah kat blog RM kan. Lepas tu termelekat..macam aku. Hahaha..

Aku kenal blog RM ni tahun lepas dari blog Nizaa. Waktu tu aku tak berapa nak paham words kat dalam blog RM tu. Yelah..macam2 perbendaharaan kata dan shortform. Huhu.. Pastu bila aku baca je mesti baca macam ribut je tau. Tak tahu la sebab apa. Kadang2 sampai termengah baca satu entry je.

Tapi sekarang takde la. Yang bestnyer ayat2 yang digunakan semua sempoi. Takde la skema gaban.

Kalo korang tak berapa nak paham ayat2 atau sesetengah shortform tu atau sebarang entry yang ada kat dalam blog RM tu, korang tanyer jer dekat Ask Red.

Kalo malu nak tanye, korang baca la entry RM dari awal sampai la yang latest. Confirm korang akan paham punyer..hehehe.. Hey..ada org buat tau..jgn tak caya

Blog RM ni lebih banyak bercerita tentang hal peribadi. Dalam banyak2 entry aku paling suka cerita pasal kucing. Ah..mesti la.. sebab aku kan pencinta kucing. Hihi.. Ha..Lagi satu aku suka cerita pasal percutian and tips2 yang di bagi. Memang banyak benda baru yg aku tahu. Lepas ni kalo nak g bercuti takdela jakun sangat kan :P Yang penting macam2 info boleh dapat dari blog RM ni. Kadang2 bila baca tu macam oooooowhhh macam tuuu keeee.. (panjang bebeno owh nye tu kan) hehe..

Selalunya sampai2 je opis aku mesti bukak blog RM dulu. Sementara tunggu dia loading tu aku bukak la email opis dan blog2 lain. Tapi 2 3 hari ni dah laju dah..so sekarang dah tukar dah. Aku bukak email opis dulu baru la bukak blog RM. Hihihi..

Kalo sabtu ahad plak bukak kat blackberry aku. Mula2 dulu memang la slow betooooolll nak tunggu page tu loading. Tapi aku sanggup tunggu. Tapiiiii.. sekarang tidak lagiii.. RM sekarang dah mobile friendly. tau.. caya lah.. sekarang aku cuma perlu bukak m.redmummy.com kat BB aku ni. Memang laju la kan dari yg dulu tu. Makin seronok la aku. Hilang sudah keseksaan aku menunggu page loading.

Oklah..itu je kot yang aku nak cerita pasal RM ni. Kalo citer panjang2 nanti org pon boring. Hehehe...daaaaa...


Pssstt : Tak pernah review blog org. Ni pon sbb RM buat contest. Hehehe..

Tuesday, October 5, 2010

First time buat ujian pap smear...

Semalam aku ada first appointment dekat PPUM. Menggagau jugak la. Maklumla baru first time checkup kat situ. Nasib baik nurse2 kat situ baik dan peramah.

Mula-mula ambil spesimen air kencing, timbang berat, tekanan darah. Pastu amek darah untuk check Hepatitis. Yang lain2 tu dah check kat klinik kerajaan. Lepas dah amek darah masuk pulak bilik 8 untuk dengar ceramah penyusuan bayi. Best jugak la. Sekejap je pon. Aku rasa ada la dalam setengah jam je. Macam2 info berguna yang aku dan husband aku dapat.

Lepas dah abes dengar ceramah, tunggu untuk jumpa doktor pulak. Tak lama pon tunggu. Vontot pon tak sempat panas lagi. Masa jumpa doktor tu, macam biasa la doktor tanyer itu ini.. Last2 dia ckp "awak belum buat ujian pap smear kan? Nak buat ke?" Pastu aku fikir..kenapa doktor kena tanyer aku nak buat ke tak. Huhuhu.. pastu aku cakap buat jela doktor.

Aku ni plak tak tahu macam mana ujian pap smear tu dibuat. Doktor suruh baring aku baring. Doktor suruh bukak suar dalam aku pon bukak.

Doktor dengan nurse tengah sibuk2 sediakan peralatan..aku pon macam blur la apesal mcm byk sangat benda nurse ni amek. Huhu..seram sket la masa tu. Pastu doktor suruh angkat kaki macam org nak bersalin tu.

Tiba-tiba aku nampak doktor pegang benda alah ni. Korang seram tak tengok. :P
Doktor masukkan kat bahagian bawah tuuu... mula2 tu cam pedih sikit la..pastu ok la..cuma kurang selesa je. Aku rasa ada dalam 3 minit gak la doktor check.

Macam ni la keadaannya. Result ujian tu tak tahu la bila boleh tahu.. next visit kot. Aku pon lupa nak tanye.

Apa itu Ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Kalo nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat SINI dan SINI.

Korang dah buat ke ujian pap smear?

Thursday, September 2, 2010

Shopping raya..

Dok fikir-fikir..rupanya aku ada baju raya satu jer. Ish ish... orang lain berpasang-pasang.. Tudung pon tak beli lagi. Kasut raya pon nak jugak. Hoh.. 

Jadinya harini jugak la aku kena shopping barang2 tu. Pastu tambah lagi baju raya. Yer...kena beli harini jugak! Tak boleh tangguh2 dah. Sabtu ahad mesti ramai orang. Tak kose aku nak membeli belah ngan ramai orang.

Nasib baik la anak2 bulus takyah beli barang2 raya. Huhu.. Korang persiapan raya dah settle ker? 

Sape2 yang beraya kat kampung lama2 tu mesti tak sampai hati nak tinggalkan anak bulus kan? Ada yang bawak balik kampung. Ada jugak yang dah booking tempat utk boarding nanti. Raya kali ni aku dapat 6 ekor kitten. Hoh..macam dapat cucu plak yer ..hehe..

Apa2 pon tahun depan insyaAllah beraya ngan orang baru. Huhuhu.. Bestnyerrr... raya tahun ni pon belum lagi dah cerita raya tahun depan. :P

Oklah...byeeee..

Friday, July 30, 2010

Hoh..setelah berehat lama dari blog...

Lama betul aku tinggalkan blog ni bersawang. Makcik tak larat nak berblogging sebab morning sickness. Sekarang ni dah genap16 minggu so dah kurang dah loya2 semua. Badan pon dah kuat sikit. Kalo tidak, asyik mengantuk lah lesu lah...macam2. 

Ha... ada cerita terbaru ni.. Meon dah beranak Ahad (25hb) lepas. Nak tahu dia beranak kat mana? Huhuhu... dia beranak kat dlm sofa.. Aku nak cerita macam mana pon susah. Nanti aku amek gambar camne dia boleh beranak dlm tu. Ada 3 ekor semuanya. Sekor warna kelabu belang2... dua ekor lagi tu warna mcm meon jgk.

Esok aku nak balik Johor. Yeaahhh... pulang ke kampung halaman.. Isnin cuti.. masuk keje ari Selasa. Seronoknyeerrr... hihi..

Tuesday, May 25, 2010

Otak lemau..!

 Salam.. aku kat opis.

Harini tapau mihun ngan ayam goreng. Beli dekat area rumah. Walaupon dah breakfast aku rasa lemau gak. Rasa mata ni cam nak tertutup jer. Kalo dapat lelapkan mata barang seminit dua mmg aku topup2 bertambah menjadi 10 minit ke 30 minit. huhu..

Bila nak start je buat keje, aku jadi malas. Adoiii.. Sape leh tolong segarkan otak aku yang dah lemau ni.. Cane nak buat..

Help meeee...

Monday, May 10, 2010

Kucing Terbesar di MCFA - TICA

Masa pergi MCFA kat Sunway aritu.. benda pertama yang aku berminat sangat adalah benda ni...


Gambar diambil dari tingkat atas. Mula-mula tak perasan benda tu.. pastu tengok sana tengok sini, terus terperasan. Aku pon cepat cepat turun bawah..

Aku rasa aku sorang je kot jakun ngan benda ni. Orang lain dok lalu macam takde perasaan pon. Tengok budak kat dalam gambar tu..rileks je lalu dengan mak dia. Aku ke yang macam budak-budak.. hahaha

Yessss... akhirnya dapat jugak bergambar depan kucing gergasi batu ni. Cute aper. Cuma dia takleh mengeow jela kan. Hehehehe...

Ok..gadego!