Aku pun tak sure sejak bila kalau aku nak period je..beberapa hari atau sehari sebelum tu mesti pening kepala sampai nak muntah (dah muntah pon). Tapi dah 2 bulan aku terperasan benda ni jadi.
Memang sangat tak best bila sakit kepala kat office. Lepas tu tengah dok layan sakit kepala nak muntah plak. Last2 muntah dalam tong sampah. Nasib baik tong sampah kat belakang aku ni je.
Rupa-rupanya benda ni normal. Tapi tak semua orang alaminya.
Khamis lepas aku terkena serangan angin dan sakit kepala. Aduh.. memang tak suka betul aku. Pastu angin kuar banyak..tapi sakit kepala tak reda gak. Dah muntah dengan muntah2 angin sekali..baru la lega sikit. Setelah aku selidik..cewah...selidik la sangat. Rupa2nya, orang yang macam aku ni..bila nak datang period je, akan dapat water retention atau fluid retention. Bahasa melayunya korang carik sendiri lah..haha..
Jadinya..kalau korang rasa macam dah nak dekat je hari nak datang period tu, mcm 2 3 hari sebelum tu..kurangkan la makan benda2 masin yer. Macam makanan ringan, makanan segera mcm maggi, lepas tu makanan yang dimasak terlebih garam pon takleh.
Lepas tu banyakkan la minum air masak yer kawan². Minum la air sebanyak 2 liter atau lebih lagi bagus. Minum sebanyak yang mungkin.
Khamis lepas, pagi tu aku makan mee goreng (beli kat ofis) yang masin. Memang padan muka aku la.
Yerr...jadinya lepas ni aku kenalah beringat. Memang aku ni..lidah yang tahan masin2 tapi badan aku ni plak tak tahan. Hehehe.. jenis ikut tekak je aku ni. Kalo manis2 aku memang takleh tahan. Dan dan tu jugak aku pening kepala tahan manis. Haha..
Ok, semoga info ni berguna untuk kita semua. Tata!!
2 comments:
ni yang d'panggil PMS (maksud sila tanya enchek gugel ngeee)
simtom2 sebelum kedatangan every women monthly bff :)
sy mengalami simpton begini...sakit kepala sblm period...skt sgt2...senggugut dh xde, tp attack kepala pulak..lps ni xmo mkn masin2 n kene minum air byk la sblm period...
Post a Comment