Monday, March 26, 2012

Tingkatkan daya ingatan anda dengan formula semulajadi.

Hahaha..tajuk tak boleh blah. Dah macam iklan pulak.

Ok ok..entry ni memang nak iklankan produk tapi bukan aku yg jual. Aku cuma nak share jelah apa yang aku rasa lepas makan produk ni.

Aku cerita dari awal la yer. Aku sebenarnya dari sekolah ada masalah nak menghafal. Jadi aku kena la rajin dok tatap benda yang aku nak hafal ni. Ulang2 sampai berpuluh kali baru la aku dapat hafal. Itupon mcm terkial2 jgk la nak ingat balik. Nasib baik zaman sekolah aku berkawan dengan budak yang baik2, plus mak aku plak garang mcm harimau. So, takdela aku leka sangat bermain ataupun bersosial.

Lepas tu bila dah masuk U, aku perasan aku banyak hilang fokus. Diploma aku ok lagi. Tapi bila dah masuk degree aku terus ke laut. Tapi takpe.. itu cerita dolu2. Tak baik sesalkan apa yg dah berlaku kan.

Bila interview pulak, aku selalu hilang fokus bila orang yang interview tu tanya soalan yang panjang² atau pon ayat belit² sikit. Mesti aku akan jawab terpesong sikit dari soalan. Kalau soalan pendek² tu ok lagi.

Kalau meeting ke discussion ke..aku selalu hilang fokus. Memang aku perasan. Sebab tu aku kena tulis apa saje yang penting². Korang pernah tak masa lecturer mengajar, otak ke lain.. Ha...mcm tu la aku. Tapi aku ni selalu!! Jenis suka berangan.. arrgghh..

Sampai la satu hari, aku kena sound dengan ketua aku. Dia kata aku buat keje tak serius. Hah..yer..time dia berceramah tu pon aku tak berapa fokus. Bila aku fikir balik nak nangis pon ada. Kenapa la aku macam ni. Lepas kena ceramah tu memang la aku nangis. Aku tak salahkan sesiapa kecuali diri aku sendiri. 

Entah macam mana, ada orang ni introduce produk yang dia jual. Mungkin Allah nak tolong aku. 

Orang ni cerita semua testimoni orang yang dah try produk ni. Dari budak sekolah 7 tahun sampai la ke orang tua 60 tahun makan benda ni. 

Aku dah makan nak dekat sebulan dah. Memang nampak sedikit perbezaan la setakat ni..walaupon dia kata kena tunggu 3 bulan baru nampak perbezaan yang ketara.

Apa yang aku rasa? Lepas seminggu makan, aku dapat rasa :
PERTAMA : Kurang penat. Balik keje boleh lagi main² dengan anak. Selalunya balik keje terus mcm nak baring.

KEDUA : Dah lebih fokus. Apa yang orang cakap atau ajar aku cepat tangkap atau faham.

KETIGA : Tak banyak berangan. 

KEEMPAT : Kurang stress.


Nama produk ni MEMO PLUS GOLD. Siapa pernah dengar? 

Memo Plus Gold is an all natural memory enhancer that is derived from the plant Brahmi, which is part of the Scrophulariaceae family. Interestingly, this all natural substance has been used for the last 5000 years in India, but it is only recently that this “secret” has been made available to the wider world. 

Kalau sesiapa yang nak beli ke atau nak tahu lebih lanjut boleh email kat aku. Nanti aku bagi contact no. orang tu. 

Harga sekotak ni aku beli RM59.90 (60 kapsul). Tapi sekarang ada promosi RM57. Kalo beli banyak dapat la murah lagi kot. Cer korang tanya la nanti. Hihihi...

Berangan gak nak jual produk ni. Tapi kena tunggu 3 bulan baru la konfiden nak cerita kat orang. Hahaha..


2 comments:

Atia said...

ooo....dulu aku pernah makan produk ni...dah lama dah...masa aku diploma dulu....mak aku belikan sbb jiran aku kata produk ni baik untuk rawat resdung....hahahaha....pas makan 2 kotak aku stop.....tak silap harga dia dulu dalam rm50

sharina said...

nanti dah 3 bulan ko bgtau ye apa kesannya... aku ni sejak dua menjak ni pun asik lupa2..tp lupa nk g miting je plak..boleh gitu? hahahha.. aku rasa maybe kesan rumet aku cuti kot..aku jadik stress sbb sorg2.. :p poyo. haha