Tuesday, February 14, 2012

Rotavirus

Semalam aku dapat tahu kawan aku Liza. Anak dia kena tahan kat ward sebab rotavirus. Sekarang ni memang tengah musim kan. Malam tadi aku tengok kat berita ada kes kat Perak tu sebab diaorg minum ais yang ada rotavirus ni.

Tapi anak Liza ni tak tahu la kena sebab apa. Tapi ada sorang lagi member aku cakap sekarang banyak budak2 yang duduk nursery kena serang virus tu. 

Liza kata kat hospital anak dia duduk tu pon ramai budak kena virus tu. Aduh...risau pulak aku dengan anak aku ni. Korang pon jaga la elok2 anak korang yer. Apa2 pon masak air sebelum minum, sentiasa basuh tangan sebelum makan atau buat sesuatu.

Kebersihan tu penting. Sekarang ni macam2 virus ada. Puncanya pon dari kita jugak. 

Ini dia anak Liza. Cian tengok muka dia.. e eh..tangan sebelah tu letak kat mana tu..kekeke


Thursday, February 9, 2012

Anak buah yang bertuah.

Tadi mak aku call. Cerita pasal anak buah perempuan (anak adik aku) ni. Aku panggil dia Nur. Dia ni tak padan ngan pempuan. Aktifnya mcm anak lelaki..huhu.. pantang leka sikit tahu2 je dah hilang.


Dari kiri Nur, Aqeef & Hafy


Mak aku cakap, hari Selasa haritu Aman (adik aku) ngan wife dia datang umah. Masa tu diaorang semua termasuk la mak aku tengah leka tengok cerita Gemersik Kalbu tu. Tak perasan yang Nur ni dah masuk ke bilik air. 

Waktu tu lampu kat dapur dgn bilik air semua terbuka. Terang benderang lah waktu tu. Nur ni kalo gelap memang dia tak pergi ke situ. Ntah macam mana waktu tu semua lampu terbuka. Agaknya time tu semua orang dah tak sabar nak tengok citer gemersik kalbu tu kot. hahaha...

Mula-mula sekali yang perasan mesti la mak si Nur ni kan. Dah tengok anak takde tiba-tiba... pergi la mencari.
Tahu-tahu haaa... kepala Nur dah masuk dalam baldi kat bilik air!!! Haduh.. 
Kata mak, Nur nak mencapai air dalam baldi..dalam baldi tu pulak air sikit. Tu yang dia boleh termasuk dalam baldi tu.

Maknyer pon cepat2 angkat.. haaaa... tercungap2 ko.
Mata merah, hidung berair dari rambut sampai ke bahu habis basah lencun.
Aku tanya mak aku Nur nangis tak. Mak aku kata, tercungap2 sampai tak sempat nak menangis pon. 
Agaknya terkejut kot.

Nasib baiklah cepat. Panjang umur ko Nur.
Sama la ngan Aqeef ni.. tak boleh leka sikit.. 
Pengajaran di sini..jangan leka. Sentiasa tutup pintu bilik air atau jamban. 

Sekian.

Wednesday, February 1, 2012

Mencari kucing yang tersembunyi.

Tadi kat facebook ada org share satu picture ni. Dia suruh cari kucing yang tersembunyi dalam gambar. Kalo korang dah jumpa boleh la share2. Kalo tak jumpa dok diam2.. haha


Sila klik pada gambar untuk lihat lebih jelas yer.