Friday, December 14, 2012

Kewangan suami isteri

Zaman sekarang ni tak dinafikan ramai pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja. Ada jugak yang isteri gaji dia lebih tinggi dari suami. Ada jugak isteri jadi bos di tempat kerja sedangkan suami orang bawahan sahaja. Kadang-kadang suami bergaji tinggi dah memang cukup untuk tanggung anak bini, tapi isteri dibenarkan bekerja dan isteri memang nak bekerja.

Tak kira la isteri bekerja atau tidak, gaji lebih dari suami ke apa semua, isteri tetap kena jaga maruah suami. Jangan menampakkan seperti suami tu tak membantu dalam kewangan keluarga. Walaupun suami sememangnya tak membantu banyak pun. Tolonglah jangan cerita pada sesiapa pun termasuk keluarga sendiri kecuali kalau dah terlalu mudarat sangat kan.

Sebenarnya pagi tadi aku dengar kat radio, ada la sorang pemanggil ni cerita perihal belanjawan dia dan suami dia.
"Saya dan suami dah bincang tentang belanjawan tahun depan. Kami ada anak sorang. Tahun depan nak masuk tadika. Saya dah pilih dah tadika. Sekarang ni, rumah saya yang bayar. Saya yang beli rumah ni atas nama saya. Nanti duit tadika anak saya pun saya yang bayar. Saya tak kisah la tu. Tapi suami saya cakap takde tempat lagi murah ke tadika untuk anak. Bila saya tanya pendapat dia atau kat mana tadika yang murah dia tak jawab. Dia mengelak. Cuba tukar topik. Jadi macam mana. Macam tergantung je sekarang ni." *ayat ada berubah sikit...tapi maksud yg sama.hehe

Aku rasa tak perlu la nak mention yang kau beli rumah tu, kau yang bayar la apa la semua. Aku rasa suami dia ni mesti banyak makan hati dengan isteri dia ni. Sebab yang pertama, dia dah pilih tadika untuk anak dia tapi tak tak bincang dulu dengan suami. Tahu-tahu je dah masuk dalam belanjawan. Dan aku rasa suami dia bukan tak terima tadika tu, mungkin dia nak isteri dia dengar pendapat suami dia dulu. 

Oh aku terlupa...ada satu lagi ayat yang buat aku terkejut jugak la dia cakap pasal suami dia. Lebih kurang macam ni la ayat dia 
" Mana la tahu rezeki dia nanti naik pangkat pulak kan.. haa.."

Nampak sangat la dia sebenarnya nak menjatuhkan air muka suami dia sendiri. Aku rasa isteri dia ni gaji lebih tinggi dari suami dia. Tapi tak perlu la nak bagi tahu semua orang kot. Lagipun point utama dia cuma nak cerita pasal tadika anak dia je kot. Bukan hal besar pun. Settle sendiri sudah la.. ini nak mengadu domba kat DJ radio pulak. Adoyaiii..

Kalau la suami dia dengar radio pagi tadi..agaknya macam mana la perasaan suami dia.. Hmmm... Macam menampakkan suami dia tak membantu sangat dalam hal belanjawan tu. Kalau betul pun suami dia macam tu, sepatutnya dia simpan je la sorang-sorang. Nanti bila suami kau dapat kerja lagi bagus, gaji lagi tinggi..baru la kau nak bercerita kat semua orang kau cerita lah.

3 comments:

Atia Adina said...

duduk kat bandar ni....kalo nak harapkan suami bayar itu dan ini....kesian lah kat dia.....confirm tak cukup....isteri yang bekerja memang kene bantu suami......kalo tak nak bantu...then lebih baik benti keje duduk umah.....

Unknown said...

aku tgk pemikiran org skrg lebih2 lagi budak2 yg nak kawin ni, diorg anggap bila dah kawin laki tanggung semua, tapi diorg slalu tak berbalik kepada agama, isteri bekerja cuma dengan 1 alasan je, utk bantu suami..

iela said...

Memang betul..isteri bekerja untuk bantu suami.Kalau suami kurang kemampuan memang patut isteri bekerja untuk bantu bagi makan pakai anak-anak. Lagi2 kalau duduk dalam bandar.