Thursday, November 4, 2010

Macam mana nak trim kuku kucing

Haritu mak mertua aku cedera parah sebab kena cakar ngan Tummy secara tak sengaja. Mak mertua aku tengah duduk kat sofa sedap2 tengok TV. Tak pasal2 Tummy melompat kat tangan mak mertua aku..pastu Tummy nak terjatuh dia g cengkam plak... makin dalam la kuku tu masuk.

Nasib baik la mak mertua aku tak kena serangan jantung di situ. Aku pon terkejut. Berdarah byk gak la. Dah la berbisa kan. Sape pernah kena cakar tu tahu la. Sian mak mertua aku tu. Bapak mertua aku cakap "Mak kempunan mee goreng basah kot".. huhu.. Dah kata camtu aku pon msg laki aku suh belikan mee goreng basah. Kebetulan dia pon dah nak balik dari jumpa org. Cepat jela mak mertua aku dapat.

Sebenarnya aku dah lama nak potong kuku kucing2 aku ni. Tapi asyik terlupa jer. Kuku kaki aku pon dah lama tak potong ni.. perut dah memboyot ni susah plak kan. Kena suh laki aku la jawabnya. Huhu..

Nak potong kuku kucing ni sebenarnya tak la susah. Ada cara nak pegang kucing tu supaya dia tak meronta-ronta. Meh sini aku tunjuk.. Mula-mula pegang kucing macam ni..



Lepas tu... amek kaki dia tu.. tekan tengah tapak kaki dia supaya terkeluar semua kuku dia.. senang korang nak potong kuku dia kan..



Ok.. lepas tu korang potong la kuku dia.. pastikan korang tak terpotong bahagian yang ada warna pink2 tu..nanti berdarah plak..potong sket jer..yang tajam pon hujung tu je kan..


Haaa..dah settle.. Lepas ni kalo dia nak mencakar pon takde la bercalar.. huhu...

Sudah jatuh chenta sama BB Torch 9800

Minggu lepas aku diberi peluang sekejap pakai Blackberry Torch.. baru sehari dua pakai aku dah terjatuh chenta.. terasa lagi best kalo dapat free. Oh..BB Torch.. (angau jap) hehe..

Aku sebenarnya minat pada touch screen handphone. Tapi aku selalu fikir 2 3 kali sebab bila nak menaip mesej atau pon nak chat guna touch screen sangat la aku malas. Selalu jer tersilap touch. Pastu kena betul2 tgk kalo nak taip tu kan. Bukan takde handphone yang ada touch screen dan keyboard sekali.. adaaaaa... tapiiii.. aku dah guna Bold 9700. Lagi berbaloi-baloi.. haha..alang2 nak tukar tu biar la macam blackberry jugak.. at least ada push email ngan boleh chat kan.


BB Torch 9800 ni sangaaaaat memenuhi citarasa aku.. dah la ada full 3.2 inch touch screen pastu ada keyboard plak tu. Oh BB Torch.. (angau lagi).. Tiba-tiba aku terbayang aku tengah touch screen BB Torch, sambil chat menggunakan keyboard BB Torch.. Oh..inilah yang aku idam2kan..

pang!!..jgn berangan lebih2 ok..

Bila aku dapat tahu Celcom nak bagi 3 BB Torch 9800 free pada Nuffnangers yang bertuah, aku terus je nak join contest ni. Walaupon aku tahu ramai giler yang dah join contest ni, tapi semangat aku nak dapat BB Torch free takkan pudar.. echewah.. :P hahahaha..

Actually, Celcom sekarang ada offer iaitu "BlackBerry Torch and the CRAZY deals" dan Celcom dah launch BB Torch event pada 29 Oktober haritu. Dan aku rasa pakej dia memang sangat berbaloi. Celcom kan mempunyai coverage yang meluas kan.. so kalo korang duduk ceruk kampung pon boleh pakai tau. Tak rugi punyerrrr.

Kalo lah aku dapat pakai Pakej Celcom ni bersama dengan BB Torch 9800 ni.. boleh tak aku nak berlagak kat korang :p... kekeke.. mesti best giler kan.. kemana-mana aku pergi walau ceruk mana pon, aku still boleh mengupdate kat Facebook ke Twitter ke..blog pon aku bleh update selalu ko. Oh.. bestnyer... boleh tak aku nak mimpi pakai Celcom BlackBerry Torch jap.. eh...takmo2..takut aku tak terjaga plak nanti.. hihihi..

Tak caya tengok ni... berbaloi ke tak? Kalo beli kat kedai BB Torch tu dekat 2ribu lebih tau yang original. Kalo korang amek pakej kat Celcom ni kan berbaloi. Betul tak?

Kalo lah aku tak dapat yang free ni :( , nampaknya telan air liur je la duluuu.. Orang lain dah pakai lama..kang aku baru la dapat pakai.. Oh sedih..

Nanti kang mesti ada yang kata.."Weh..ko kan dah ada Bold 9700 watper beria nak pakai BB Torch plak"

Hoh..lain beb.. mmg la secara basicnya sama...mcm push email dengan chat2 ni.. tapi Torch ni camera dia 5.0 MP tuuu..aku dah try dah amek gambar guna Torch.. memang terbaik lah.

Lepas tu dia ada tab browsing. Bold 9700 mana ada beb. Aku selalu gak rasa payah kalo nak browse kat Bold ni. Takleh bukak multiple page. Screen dia pon kocik tak macam torch.. lebih besaaarrr.. huhu..

Oh..kalo aku cerita keseronokan pakai Torch ni sampai esok pon tak abes. Memang sangat banyak ciri-ciri dia yang aku sangat-sangat suka suka suka.

Pada yang mampu tu boleh la terus je pergi Celcom. Apply je pakej yang sesuai ngan korang. Takyah la fikir 2 3 kali. Dah la pakai Celcom berbaloi...pakai BB Torch 9800 lagi tambah berbaloi-baloi.. Sure tak rugi maaa...

Nak tahu lebih lanjut mengenai Pakej BB Torch 9800 dan spesifikasi dia, korang bleh layari kat http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800.php.

Oklah, nak mimpi guna Celcom Blackberry Torch jap.. kejaaappp jer.. heheh...tataaaaaa...

Monday, November 1, 2010

1/11/10

Kenapa harini aku rasa boring sangat ek..
Rasa macam takde mood weh..
Kadang2 tu rasa cam semua benda buat aku marah.
Baling tisu tak masuk tong sampah pon aku nak marah?
Hampeh tul..

Sekarang ni baru pukul 11 lebih..
Harap2 lepas lunch hour nanti semua keboringan ni hilang..
Syuhhhh syuhhh..