Tuesday, June 19, 2012
Lurus bendul
Korang pernah tak masa zaman kanak-kanak dulu percaya sesuatu perkara tu lepas tu bila dah besar korang baru tahu sebenarnya yg korang percaya tu salah.
Aku memang selalu macam tu sebab aku ni lurus bendul.
Hahahaha..
Dulu ustazah ada cakap, orang yang sentiasa ada air sembahyang ni dapat banyak pahala.
Tapi disebabkan aku ni lurus,
Aku membayangkan orang yang sentiasa ada air sembahyang tu maksudnya..
Jangan lap atau jangan dikeringkan air tu selepas wuduk.
Lepas amek air sembahyang jangan lap okey sebab nak dapat pahala sampai la air tu kering sendiri. Hahahaha... bengong.
Ustazah pon cakap perkara yang membatalkan wuduk tu bila bersentuhan dengan lelaki dan perempuan dan bla bla bla..
Yang aku ni pulak, lepas amek wuduk tersentuh bapak aku.
Aku pon cepat2 amek wuduk balik.
Pastu kena bantai gelak.
Hahaha.. selenger betul.
Tu la..bila ustazah mengajar mengelamun byk.
Aku rasa banyak lagi benda yang aku buat tak betul masa kecik2 dulu.
Tapi elok jugak kan.
Sekali dah buat salah, sampai bila2 la ko akan ingat benda tu.
Kan kita belajar dari kesilapan kaaann.. hehehe..*nak cover malu la tu*
Dulu masa sekolah rendah ada sorang budak ni cakap(bukan kwn aku)..
waktu tu aku terdengar masa tgh amek wuduk kat toilet
Tak silap aku waktu tu ada kelas mengaji Al Quran kat surau so kena la amek wuduk dulu kan.
Budak tu kata 'Masa amek air sembahyang biarkan air wuduk tu menitis, berapa banyak titisan tu, sebanyak tu la dosa kita diampunkan'..
Hoh..aku ni kan lurus bendul, so aku percaya la.
Kah kah kah..
Aku tak sure la dia dapat dari mana benda tu.
Mungkin dia ada terbaca mutiara kata tentang wuduk ke apa kan.
So dia pon salah mentafsir ayat tu.. Aku agak la..
Mungkin ada yang tertanya2 bila masa aku sedar benda tu tak betul.
Jawapannya bila aku dah sekolah menengah la..
K bai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tu sabda nabi tu, setiap kali kita ambil air sembahyang, yang mana setiap air yang menitik itu ibarat dosa-dosa kita yang berguguran jatuh. perumpaannya la :)
tapi ustazah aku ckp kalau lepas amik wudhu jgn lap, biar dia kering dalam solat, selain petua awet muda tak silap bila dah mati nanti muka kita berseri2..wallahualam
Oh yeke.. huhu..
Aku pon pernah dgr jgk org ckp lepas amik wuduk jgn lap utk awet muda.
wallahualam.. :D
Post a Comment