Sejak ada anak ni terasa malas betul nak kerja. Rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa je ataupun buat kerja dari rumah. Agaknya sebab tu la Allah bagi aku jawatan kontrak je kat UiTM ni. Setahun je pulak tu. Huhuhu..
Sekarang ni tengah berkira-kira nak sambung ke atau tak. Haritu bos dah tanya. Aku cakap nak sambung jelah. Tengok dulu keadaan macam mana. Husband pon cakap..kalau sambung ni setahun je takyah la teruskan. Kalau 2 tahun boleh dipertimbangkan lagi. Tapi dalam hati aku cakap takmo plak..cane nih.
Bukan aku tak suka kerja sekarang ni. Tapi hati ni teringat kat anak jer. Bila balik tak dapat nak layan dia lama-lama. Hati aku ni tak berapa kuat macam wanita-wanita lain yang bekerja kot. Sebab tu kalau boleh bila dah pukul 5 je..cepat2 kemas beg. Suruh husband amek awal. Haha..Nasib baik sekarang naik motor..cepat sampai ke destinasi. Huhu...
Bila sampai depan rumah je..Aqeef terus lari terkedek-kedek bukakkan pagar. Tersenyum gelak2 suka sangat. Lepas tu tak sempat lagi masuk rumah dah selak tudung ummi nak mintak susu.. Huhuhu.. Macam tu la rutin aku bila hari bekerja.
Aku tahu, macam tu la perasaan wanita lain yang ada anak dan bekerja. Tapi nak buat macam mana kan. Macam aku ni, masih ada pilihan lagi. Samada nak teruskan atau tak. Sebab tu la hati ni berbelah bagi. Hihihi..
4 comments:
aku pun ade pk gak.. kalau sambung pun setakat melepaskan batuk di tangga macam tah hape2 je.. tapi laki aku pulak ckp rezeki Allah bg jgn pilih2.. terus lemah urat saraf aku nak kata tidak.. huhuhu
masa keje ni mmg rasa cam nak jadi suri rumah....nnt masa dah jadi suri rumah....rasa nak keje plak....cam ner tu?
Aidanisme : tu la tu.. huhu
Atia Adina : Huhu..masa aku tak keje 5 bulan ritu mmg dah rasa malas nak keje. Tapi dah dapat tawaran terima jela..Tuhan dah bagi rezeki mcm tu. Huhu..
memang itulah rasa kalo ibu bekerja..tak sabar nak balik.. kalo boleh nak ponteng kerja sebab nak lepak lama2 dengan anak..
cute mum dah berapa kali kata nak resign, tapi masih bertahan sampai 2nd baby lahir.. agak2 tak larat, resign gak kot..
Post a Comment