Ha..korang dah jengah blom blog aku yang baru tu. Singgah2 la yer kalo nak tahu pasal cerita terbaru aku (mcm la korang nak tahu sgt kan :p )
Sejak ada baby kat dalam rumah, kucing2 aku ni tak dibenarkan sama sekali menjejakkan kaki ke dalam rumah. Kalo terlepas masuk, mmg kena sembur dengan air. Kesian diaorg. Dah dianak tirikan pulak.
Beberapa hari selepas aku bersalin, kalo tak silap 5 hari selepas, Meon plak beranak. Ada cerita lawak pasal Meon ni tau.. nnt aku cerita. huhu..Anak dia calico tu takde perkembangan terbaru. Masih macam dulu. Sehat walafiat. Bulu dia pon lebat.
Oleo pulak semenjak beranak haritu bulu dia makin lama makin teruk. Sekarang ni pulak aku dah tak dpt nak membela Oleo nih. Bulu ekor dia dah kurang. Bulu kat badan plak dah berserabut dah lama tak disikat. Kat halaman luar rumah tu bulu dia pon bersepah2. Byk betul bulu dia yang gugur. Terpaksa la tunggu anak aku besar sket baru aku bela dia ni elok2.
Dalam byk2 ni Oleo je yang paling degil. Orang tak bg masuk rumah, lagi dia nak masuk. Pantang leka sekejap, tahu2 je dah ada kat dalam. Jenuh nak menghalau dia. Kadang2 tu geram jugak. Bila ditutup pintu dia mengeow2 pulak suruh dibukak pintu. Siap cakar2 lagi kat pintu tu nak suruh bukak. Jangan dia merajuk sudah. Huhu..
Ha..Anak Oleo iaitu Tummy dah selamat bagi kat orang. Takpe..Lepas dah bela Oleo balik, kitaorg kawenkan dia. Sekarang ni tak mampu nak jaga banyak2. Yang ada ni pon asyik kena halau kuar je..Anak meon yang baru ni pon dah 3 ekor. Sape nak? Gambar dia nnt aku tunjuk. Ada sapa mau?
No comments:
Post a Comment