Monday, May 31, 2010

Dah cukup 31 hari dah

Yeah...anak Oleo yang kecik tu dah sebulan dah umo dia. Kitaorg memang plan nak letgo je diaorg tu. Tak mampu nak jaga banyak2.

Aku pon tak bagi nama lagi kat diaorg... panggil pon ikut warna diaorg jer.. huhu.. sekarang dah pandai dah mengekor.. orang jalan, dia ikut je kat belakang. Geram tgk diaorg sebab tembam.. Alaa..baru aku teringat.. aku dah amek gambar bapak diaorg tapi terlupa nak transfer ke PC plak.. takpelah..lain kali je ek :P.. hehe

Dah lama betul aku tak update blog..aku sendiri pon kesian kat blog aku ni.. senyap jer.. Ha..sape2 yang berminat nak bela kucing tu sila la tinggalkan komen yer. Harga akan diberitahu kepada yang serius jer...

Ok.. esok aku upload gambar anak2 kucing yg comel tu yer.. ;) Daaaa

Tuesday, May 25, 2010

Otak lemau..!

 Salam.. aku kat opis.

Harini tapau mihun ngan ayam goreng. Beli dekat area rumah. Walaupon dah breakfast aku rasa lemau gak. Rasa mata ni cam nak tertutup jer. Kalo dapat lelapkan mata barang seminit dua mmg aku topup2 bertambah menjadi 10 minit ke 30 minit. huhu..

Bila nak start je buat keje, aku jadi malas. Adoiii.. Sape leh tolong segarkan otak aku yang dah lemau ni.. Cane nak buat..

Help meeee...

Monday, May 24, 2010

Mak, nak mintak toloongg....

Aiko dengan Tomei sekarang dah makin aktif.... Sejak cuaca tak menentu ni kejap panas kejap sejuk, bulu dia pon senang gugur. Hari2 kena sikat. Tapi aku dah dilarang dekat2 dengan sangkar dan main2 ngan diaorg. Sila tengok dari jauh je. Nak bersihkan litter box dia lagi la dilarang. Aku dah nampak macam litter box tu  ada tanda pangkah warna merah besar di situ yer. Maksudnya dilarang usik atau dekat.

Sekarang ni aku tengah berfikir nak mintak tolong mak ngan adik aku kat rumah jaga Aiko dengan Tomei. Huhu.. Harap2 diaorg nak ler. Eh..mesti nak punye sebab Aiko ngan Tomei kan comel. Poyo jer aku ni :p Padahal tak bagi tau lg kat diaorg ni. Ntah diaorg setuju ke tak ntah..

Nak bagi kawan2 yang jaga mcm kesian pulak. Kawan2 semua dah banyak kucing. Yang ada kucing pon kena hantar balik kampung jugak sbb member tengah pregnant. Huhu..

Aku cuma nak mintak tolong jaga 3 4 bulan jer.. Oleo dengan anak dia yang kecik lagi tu..biar je kat rumah ni. Ha! Anak Oleo dah pandai jalan.. huhu...sgt comel. Nanti aku usaha amek gambar dia tgh berjalan yer. 

Meon pulak hari Sabtu haritu kena kejar dengan 3 ekor jantan yang tengah miang. Kesian dia. Tapi aku tahu dia pandai jaga diri. Kucing yang aku lepas cuma Meon dengan anak dia je Hitam (nama glemer kat rumah Tam). Diaorg ni kalo lepas confirm takde org nak amek. Tapi kalo yang lain2 ni aku lepas.. silap2 tak sampai sejam lesap terus. Samada kena amek org ataupon diaorg tak reti nak balik sebab jakun tengok kat luar. 

Oklah...aku nak sambung buat keje ni. Sejak akhir2 ni aku rasa malas betul nak update blog. Tolong la jangan malas oiiiiiittt....adehhh..

Tuesday, May 18, 2010

Kucing punye peribahasa...

Melakak kucing di dapur.
   *Melakak = memukul dengan barang keras.
    Maknanya: Menganiaya orang yang sangat rapat dengan kita.

Membeli kucing dalam karung.
     Maknanya: Membeli sesuatu dengan tidak melihat barangnya. 

 Menantikan kucing bertanduk.
    Maknanya: Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. 


p/s : Tiga peribahasa je cukup la eh... hehehe


Monday, May 17, 2010

Harini dah 17 hari...

Alhamdulillah, dah 17 hari dah usia budak 3 ekor ni. Hehe.. Oh.. diaorg takde nama lagi... Biarlah orang yang akan jaga diaorg nanti yang berikan nama. Bila tengok diaorg ni semakin comel, rasa cam berat hati jer.

Tapi tak sanggup lah nak jaga lebih dari yang ada sekarang. Takut tak terjaga nanti kang. Kat bawah ni gambar2 diaorg yang terkini. Baru amek pagi tadi.



Huhu.. actually sampai sekarang aku tak reti beza dua-dua yang berwarna hitam tu..sebab sama je.. kuikuikui... Apa-apa pon warna diaorg actually bukan hitam legam. Dah macam nak kelabu pon yer jugak. Tapi kena tunggu diaorang besar gak lah kalo nak tahu warna sebenar. 

Yang oren tu betina. Yang hitam tu dua-dua betina (kalo tak silap la).. kang balik kena check balik semula. Aku pon ingat2 lupa sebenarnya. haha..

Bulan 7 ni ada cat show kat putrajaya... tengah fikir-fikir nak bawak Aiko ngan Tomei ke tak. Bulu diaorg pon dah naik balik lepas cukur aritu..Cukur sket je pon. Tak banyak. Nak bawak ke tak ek... fikir fikir fikir...

Friday, May 14, 2010

The Facts About Pregnancy and Cat Litter

 Pic credit to iStockPhoto/Anna Furman

Hoh..byk article yang aku baca mengatakan ibu mengandung tidak perlu menjauhkan diri dari kucing. Cats and pregnant women can co-exist safely and have been doing so for thousands of years!!

Ni salah satu article yang aku dapat dari about.com :

"Because toxoplasmosis can cause birth defects in children, pregnant women sometimes assume that they must get rid of their cat. This is entirely unnecessary, as a few simple measures will thoroughly safeguard against catching the disease, especially from your cat. Toxoplasmosis is a disease caused by a parasite that can infect your cat if she eats prey already harboring the parasite or comes into contact with contaminated soil. Toxoplasmosis is rare among indoor-only cats.
Note that cats who contract toxoplasmosis do not always show symptoms. To prevent getting infected with the disease, whenever you scoop or clean the litter box, wear disposable gloves and wash your hands immediately afterward. Even better, get a friend or adult member of the family to take over litter box maintenance while Mom is pregnant."

Toxoplasmosis juga ada kat tanah dan daging mentah. So dinasihatkan pada ibu2 mengandung supaya sentiasa basuh tangan sentiasa yer. Hehehe..

Yang penting, jaga kebersihan dan kesihatan anda dan kucing anda.


Monday, May 10, 2010

Kucing Terbesar di MCFA - TICA

Masa pergi MCFA kat Sunway aritu.. benda pertama yang aku berminat sangat adalah benda ni...


Gambar diambil dari tingkat atas. Mula-mula tak perasan benda tu.. pastu tengok sana tengok sini, terus terperasan. Aku pon cepat cepat turun bawah..

Aku rasa aku sorang je kot jakun ngan benda ni. Orang lain dok lalu macam takde perasaan pon. Tengok budak kat dalam gambar tu..rileks je lalu dengan mak dia. Aku ke yang macam budak-budak.. hahaha

Yessss... akhirnya dapat jugak bergambar depan kucing gergasi batu ni. Cute aper. Cuma dia takleh mengeow jela kan. Hehehehe...

Ok..gadego!

Saturday, May 8, 2010

Tak malu betul korang ni.

Dah besar-besar pown nak menyusu lagi. Adoi korang ni. Pantang dibagi. Oleo plak tak marah.

Dah sama besar kan? Huhu.. Dh la comot. Esok baru nak g antar mandi. Nak mandikan tak larat plak. Ganas memasing.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 7, 2010

Rumah baru..

Yeah... akhirnya dah dapat dah rumah baru. Seminggu kitaorg survey2. Nak cari yang murah, besar dan tahan lasak. huhu..

Eh.. bukan rumah untuk aku. Tapi rumah untuk anak-anak bulus dua ekor tu la. Aiko dgn Tomei. Kesian aku tengok Aiko n Tomei duduk dalam sangkar kecik. Nak berjalan pon dapat 2 3 langkah jer.. huhu.. Maklumlah dah besar dah budak2 ni.

Sangkar ni aku beli RM490 after discount. Huhu.. tawar punya tawar dapat la kurang sket. Oh...aku bab tawar menawar ni kureng sket, tak berapa nak reti lah. Husband pandai la. Terbalik pulak kan. Bukan perempuan ke selalu terer bab2 macam ni.. Hahaha..

Hoh.. berpeluh kitaorg pasang sangkar ni.. kalo buat sorang2 memang lagi lambat la jawabnya... Kitaorg pasang siap semua dekat 2 jam lah. Dari proses bukak kotak tu sampai la kotak tu dilipat2 dan dibuang.. ahahaks..


Aiko dengan Tomei ni time orang nak amek gambar time tu la dia nak main2. Susah bebenor la korang ni nak amek gambar. Saje je nak suh kitaorg beli kamera canggih kan. Huh..

Cage ni tak sebesar cage Oleo yang dulu. Tapi ni pon dah ok sgt la 2kaki x 3kaki x 4kaki++. Besinya pulak tak mudah karat. Okla kan.... Aiko ngan Tomei berdua jer pon...

Tengok tu.. susah betul nak amek gambar diaorg ni. Sebelum aku amek gambar tu duduk diam elok jer. Bila dah set nak amek gambar, time tu la diaorg tak reti dok diam.

Ha... hujung minggu ni plan nak mandikan diaorg. Dah busyuk masham dah. Bulu pon dah serabai. Hari2 sikat pon nampak macam dah berapa hari tak sikat. Kalo boleh mandikan hari2 dah lama dah hari2 kitaorg mandikan. Nasib baik la tak boleh. Huhuhu..

Ok...gadego.. ;)

Monday, May 3, 2010

3 ekor kesemuanya...

Akhirnya Oleo selamat melahirkan 4 ekor tapi seekor tak dapat diselamatkan. Lagipon mmg kuar2 je dah lemah.

Yang tinggal 3 ekor jer. Dua warna hitam dan sekor lagi warna oren. Yang mati tu ada 3 warna macam Oleo jugak. Cantek tapi takde rezeki. Lain kali lah.

Inilah dia 3 ekor tu. Yang hitam tu takde la semua hitam..kaki ngan area muka diaorg putih. huhu..

Oleo selamat. Dia takde masalah nak beranak sebab dah ada pengalaman. Lepas tu dah pandai dah. Kalau masa bg susu tu anak dia bising je..dia luas kan lagi perut dia biar anak dia dapat menyusu... huhu.. dah macam org plak :p

Saturday, May 1, 2010

Oleo dah beranak!

Dalam keadaan yang tak disangka2. Skang ni dia tgh jilat2 yg no dua tu.

Tgk dia tak susah nak uruskan sendiri sbb dh ada experience. Tapi apa2 pon aku kena tgk gak. Sbb kat rumah ni tgh ramai sedara mara. Takut dia stress.

Oh..dia beranak dalam carrier. Aku tgh risau anak kedua dia tak hidup sbb oleo mcm dh lemah jer. Hmmm.. Nnt aku update lg.

Sent from my BlackBerry® smartphone