Ramai member-member aku tanye macam mana nak bela kucing. Nak bela betina ke jantan? Nak kucing biasa ke kucing yang berbulu tebal? Huhuhu... macam-macam lagi soalan. Kalo aku senaraikan soalan je dah lebih satu muka surat agaknya.
Nak bela kucing ni sama jugak macam getting into a marriage. Kuang kuang kuang... tapi serius beb.. nak bela kucing ni bukan senang. Macam-macam kena fikir. Pertama sekali DUIT.
Kewangan
Kalo duit menjadi masalah pertama, so batalkan jela hasrat tu ea.. hahaha.. Oh kejam sungguh aku ni kan. Yela..bela kucing ni perlukan kos tau. Sangkar kucing, mangkuk, makanan kucing ...ha tu baru kos yang pertama. Kalo dia sakit, nak bawak pergi klinik plak. Duit lagiiiiii...
Budak kecil
Kat rumah korang ada budak kecik tak. Yang bawah dari 5 tahun. Ha. kalo ada kena consider jugak. Budak-budak ni sensitif sket kan. Sistem immune diaorg tak cukup kuat lagi. Nampaknya sape2 yang ada anak kecik tu kena la tunggu beberapa tahun lagi yer.
Furniture
Ha, ni pun penting gak ni. Kucing ni kan suka mencakar2 kan. Takut nanti dia cakar sofa kulit korang kan. Mahu korang menjerit satu rumah. Silap2 dengan kucing2 tu korang pekik2 kan. Kucing tu plak buat dek je macam tak bersalah. Hahaha.. Mesti geram kan. Sebenarnya ada je cara nak train diaorg. Tapi perlukan kesabaran. Nanti aku bgtau camne nak train.
Travel
Orang yg kerja dia selalu kena outstation dan jarang duk rumah memang tak sesuai la tuk bela kucing. Melainkan kat rumah ada org gaji atau ada orang lain yg boleh jaga sama. Kalo tak memanjang la korang kena hantar boarding. Tak ke membazir tu namanya. Kalo ada kawan yg boleh jaga pon, sampai bila kan.
Jenis kucing
Bila semua kat atas dah ok, baru lah korang fikir kucing yang mcm mana korang nak bela.
Korang nak kitten ke kucing dewasa?
Jantan ke betina?
Lepas tu nak kucing spesis apa. Persian ke bengal ke kucing biasa ke.. fikir fikir..byk lagi jenis kucing.. Korang kena study betul2 kucing punyer personality dan macam2 lagi lah. Sebab lain spesis lain diaorg punyer personality.
Dah habis fikir baru la korang survey2 carik yg cantek2 dan murah2.
Kalo tak nak beli, ramai org yg nak bagi je kucing diaorg. Free aje. Boleh survey kat petfinder.my dgn mudah.my .
Oklah.. itu je kot aku nak share. Kalo ada yang kurang tu korang tambah2 la ea.. hehe
3 comments:
setuju.
jaga kcuing seperti menjaga anak.
pk sebaiknya sebelum ambil apa2 risiko.
huhu..betul betul betul (ala2 upin ipin)
sangat amat stuju. sbb tu simisty aku hantaq balik rumah mama aku. sbb sana penuh ngan kasih walo kurang sket sayang
Post a Comment