Monday, August 16, 2010

Perangai baru Meon & Oleo

Korang, nak tahu tak sebab apa aku tak update2 blog. Sebabnya bubur lambuk yg aku teringin sangat tu tak dapat2 lg..bila tgk blog aku ni jer.. ternampak bubur lambuk..pastu terus terbantut nak post entry baru.. huahuahua.. alasan kan.. :P

Ok...sebenarnya aku nak citer perangai baru si Meon & Oleo ni.. Macam biasa  la kalo bukan Meon yg mulakan dulu mesti Oleo yg mulakan. Pastu salah sekor mesti nak ikut. Diaorg skrg ni dah pandai cakar2 pintu depan umah nak masuk. Kalo pintu tertutup dia cakar2 pintu tu. Nak bgtau la nak masuk tu.

Alkisahnya, satu hari tu, kakak ipar aku ni bermalam kat rumah. Time tu aku takde..balik Johor. Bapak mertua aku yg cerita ni. Dia kata, malam2 time tsemua org dah tido kakak ipar aku dengar macam ada org cakar2 pintu kat depan. Dia ni pulak dah la jenis lemah semangat. Bapak mertua aku cakap dia siap amek surah yasin siap baca lagi.. kekeke.. Punya la lemah semangat. Bapak mertua aku dah cakap dah yang cakar tu kucing..tapi dia tak percaya. Huhuhu..tak percaya sudey...

Ha. harini aku nak buat bubur lambuk. Yeeeeeeaaahhhh...

Thursday, August 5, 2010

Teringin bubur lambuk

2 3 hari ni teringin sangat makan bubur lambuk. Haritu ada bubur lambuk free kat Hotel Concorde tapi terlepas pulak. Nampaknya kena tunggu bulan ramadhan jugak laaaa.

Aku nak share resepi bubur lambuk kampung baru yang orang kata sedap tu. Kalo sape2 rajin tu boleh la buat. Pastu jangan lupa buat lebih untuk aku ea.. hehehe...

Bubur Lambuk yang menggiurkan... sluurrppp...

Bubur Lambuk 

Bahan-bahan :
  • 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
  • daging (ikut suka bape byk)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam (kalo lada hitam tumbuk lebih sedap)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
Cara-cara :
  1. panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
  2. lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  3. kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  4. lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  5. dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  6. masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  7. selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  8. kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
  9. bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Friday, July 30, 2010

Hoh..setelah berehat lama dari blog...

Lama betul aku tinggalkan blog ni bersawang. Makcik tak larat nak berblogging sebab morning sickness. Sekarang ni dah genap16 minggu so dah kurang dah loya2 semua. Badan pon dah kuat sikit. Kalo tidak, asyik mengantuk lah lesu lah...macam2. 

Ha... ada cerita terbaru ni.. Meon dah beranak Ahad (25hb) lepas. Nak tahu dia beranak kat mana? Huhuhu... dia beranak kat dlm sofa.. Aku nak cerita macam mana pon susah. Nanti aku amek gambar camne dia boleh beranak dlm tu. Ada 3 ekor semuanya. Sekor warna kelabu belang2... dua ekor lagi tu warna mcm meon jgk.

Esok aku nak balik Johor. Yeaahhh... pulang ke kampung halaman.. Isnin cuti.. masuk keje ari Selasa. Seronoknyeerrr... hihi..