Monday, April 23, 2012

Berbelah bagi...

Sejak ada anak ni terasa malas betul nak kerja. Rasa macam nak jadi suri rumah sepenuh masa je ataupun buat kerja dari rumah. Agaknya sebab tu la Allah bagi aku jawatan kontrak je kat UiTM ni. Setahun je pulak tu. Huhuhu..

Sekarang ni tengah berkira-kira nak sambung ke atau tak. Haritu bos dah tanya. Aku cakap nak sambung jelah. Tengok dulu keadaan macam mana. Husband pon cakap..kalau sambung ni setahun je takyah la teruskan. Kalau 2 tahun boleh dipertimbangkan lagi. Tapi dalam hati aku cakap takmo plak..cane nih.

Bukan aku tak suka kerja sekarang ni. Tapi hati ni teringat kat anak jer. Bila balik tak dapat nak layan dia lama-lama. Hati aku ni tak berapa kuat macam wanita-wanita lain yang bekerja kot. Sebab tu kalau boleh bila dah pukul 5 je..cepat2 kemas beg. Suruh husband amek awal. Haha..Nasib baik sekarang naik motor..cepat sampai ke destinasi. Huhu...

Bila sampai depan rumah je..Aqeef terus lari terkedek-kedek bukakkan pagar. Tersenyum gelak2 suka sangat. Lepas tu tak sempat lagi masuk rumah dah selak tudung ummi nak mintak susu.. Huhuhu.. Macam tu la rutin aku bila hari bekerja.

Aku tahu, macam tu la perasaan wanita lain yang ada anak dan bekerja. Tapi nak buat macam mana kan. Macam aku ni, masih ada pilihan lagi. Samada nak teruskan atau tak. Sebab tu la hati ni berbelah bagi. Hihihi..


Friday, April 20, 2012

Paku dulang paku serpih,mengata org dia yang lebih

Aku tak paham dengan orang yang berperangai macam ni. Asyik nak memburukkan orang laiiiiinnn jer. Dengki orang sana..dengki orang sini.. Yang kuar dari mulut tu lebih banyak yang negatif dari positif lah.

Bila ditengok2 balik..dia tu pon sama jugak..dan aku rasa lebih teruk ada la. Paling tak boleh terima bila orang yang dia dok buruk-burukan tu orang yang dah pernah tolong dia masa dia susah. Bukannya sekali orang tu tolong..banyak kali kot. 

Hoh.. bila la orang macam ni nak sedar.. kan?

Korang pernah tak jumpa orang yang macam ni?

Wednesday, April 18, 2012

Memo Plus Gold



Memo Plus Gold merupakan makanan tambahan bagi minda. Antara khasiat yang tersembunyi adalah :-
1. Mengurangkan stress dan tekanan
2. Membantu menguatkan ingatan
3. Mengekalkan tumpuan di dalam kelas bagi pelajar
4. Memberikan kecergasan kepada fizikal dan mental
5. Membebaskan Nitrik Oksida khusus bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan pembesaran pembuluh darah yg menolong menghindar penyakit.
6. Menghindarkan penyakit seperti migrain, strok, dimensia, parkinson, alzheimer serta nyanyuk
7. Membantu anak yang kurang tumpuan dan lembab
8. Membantu orang dewasa yang selalu lupa @ badan yang tidak cergas
9. Membantu warga tua yang selalu kemurungan dan mengasingkan diri.

Klik imej dan zoom untuk baca

Bahan yg terkandung dalam Memo Plus Gold adalah herba Brahmi. Kalau rajin korang google la apa tu Brahmi. Memang banyak kebaikannya.

Sekotak ada 60biji.
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) : 1 biji sehari
Orang dewasa (13 ke atas) : 2 biji sehari

InsyaAllah dengan memakan Memo Plus Gold masalah di atas akan dapat di atasi dalam masa 3 bulan.


Hari isnin haritu ada kuar testimoni dekat Harian Metro. 
Sepupu husband aku pon dah try makan. Dia tu memang jenis slow sikit. Sekolah rendah. Dulu dalam kelas selalu dapat no 20 ke atas. Tapi start dia makan Memo Plus Gold tahun lepas, exam dia dapat no 4. Alhamdulillah.. 
Eh lupa nak cakap, sesiapa yang makan Memo Plus Gold, lepas tu nak share atau nak jadi testimoni macam budak yg kat dalam paper ni boleh la contact2 ai. huhu.. Siapa yang sudi share testimoni akan mendapat RM500 tau. So, belum terlambat lagi kalau korang nak try.

Harga promosi (SAH SEHINGGA 31MEI) : 
1 kotak - RM57
3 kotak - RM165
10 kotak - RM500
(Kos penghantaran RM6)

Sesiapa yang berminat boleh SMS : 012.390.7185 atau email : iela7382[at]gmail.com


Tuesday, April 17, 2012

Oleo dan kelahiran anak yang ke 5

Oleo dah beranak 6hb haritu. Dapat 3 ekor anak. Lepas ni adalah perintah berkurung untuk Oleo sebab dalam masa 2 tahun lebih aku bela dia, dah 5 kali dia beranak. Kesian tengok dia..dah kurus...tak sempat nak jaga elok2 dah bunting lagi.









Yang tengah tu comel kan? Hihi..

Monday, April 16, 2012

Al Aqeef - 1 tahun 3 bulan sudah..

Dah besar dah hero ummi ni.. kalau dia tengah tido tu nampak dah besar dan panjang.. huhu




Sekarang ni dia susah betul nak suruh makan. Bagi makan je geleng2 kepala takmo. Geraaammm je. Tapi nak paksa pon tak boleh. Kalau dia tak nak tu, masukkan dalam mulut dia pon dia kuarkan balik. Tapi kalau datang mood nak makan dia tu, secawan bubur pon boleh habis. 

Korang boleh tak share link ataupon resepi2 yang sesuai untuk kanak-kanak. Kadang-kadang dah kehabisan idea nak masak apa untuk anak. Budak2 ni pon macam org dewasa gak. Kalo hari-hari makan benda sama je..lama2 dia pon muak. Huhu..


Tuesday, April 10, 2012

Awet muda dan Aaron Aziz?

Awal tahun aritu macam tak sangka pulak aku nak masuk umur 30 tahun. Rasa macam..ohmaiiigod...30? Huhuhu... 

Aku ingatkan aku sorang je tak sangka umur aku dah 30, rupanya2 ramai jugak yang tak sangka aku ni dah 30. Hahahaa..perahsantau!!..

Awal tahun ni je aku rasa dah lebih 10 orang (termasuk pak guard eh polis bantuan UiTM) kata aku umur baru 20an.. like 23, 26, 27.. kekeke.. Alhamdulillah...huhu.. Bila aku kata ada anak 2 (sepatutnya la) lagi la mereka2 ini terkejut. 

Aku rasa aku nampak muda sebab muka aku ni tembam kot..dah la tembam, bulat pulak. Badan aku pon kecik..tapi takde la kecik sangat..sedang2 je. Aku pon tak sure tang mana lagi yang menampakkan aku ni muda. 

Pernah jugak aku dengar orang kata, kalo orang pempuan kawen ngan org muda, automatic dia pon nampak muda. Kalo kawen dengan orang yang over tua, dia pon nampak tua. Aku pon tak pasti betul ke tidak. Tapi yang pastinya, aku baru je pon masuk 30. Belum lagi 35 ke 36 ke....kan. Memang la tak nampak beza sangat dengan 20an. Huhuhu...(ni nak sedapkan hati je ni sebenarnya)

Alah ofismate aku si Ad tu pon nampak muda remaja lagi tau. Ke mana dia pergi mesti ada orang nak berkenalan. Tapi dia memang cantek..lagi2 tang mata (bukan nak bodek yer). Huhuhu..

Ok, kat bawah ni takde kena mengena dengan cerita kat atas.. aku malas nak buat entry baru... hihihi

Aku sebenarnya tak paham kenapa ramai sangat yang tergila-gilakan Aaron Aziz termasuk la laki aku.. ahahaha.. tapi dia minat takde la mcm org pempuan kan. Aku bukan tak minat Aaron Aziz.. suka..tapi takde la sampai nak bukak radio kuat2 dalam kereta sampai tak dengar bunyi lain kat luar semata-mata nak dengar suara Aaron pagi tadi kat HotFM. Hahaha.. Eh..bukan laki aku yer.

Tadi pagi kawan aku share status kat fb , katanya ada motor accident terpelanting kat kereta dia. Sebabnya ada kereta kelisa ni driver dia pempuan, langgar motor tu. Masa pempuan ni bawak kete dia tengah dengar HotFM. Kan ada Aaron Aziz kan pagi tadi.. dia boleh bukak sekuat2nya sampai kan bila dia bukak pintu, orang yang jauh pon boleh dengar. Hahaha..lawak tul. 

Sebenarnya kan aku kenal Aaron Aziz ni dari sekolah lagi. Eh bukan kenal dah pernah jumpa. Aku kan duduk Johor. Orang Johor Tengah dan Selatan kan boleh tengok channel Singapore. So, dari situ la aku kenal Aaron ni. Dulu dia ada berlakon jadi Polis. Pelakon tambahan je. Dulu dia kurus..takde la badan sasa macam sekarang ni. Dulu memang aku terminat jugak la kat dia..siap nak tahu nama dia. Aku rasa time tu dia belum kawen kot. Kekeke.. 

Lepas sekolah, aku masuk U dah tak tengok sangat channel Singapore ni. Dekat 8 tahun jugak la tak nampak kelibat Aaron kat TV. Tup tup..dia kuar kat Malaysia. Aku pon mula2 macam ingat tak ingat la sebab body dia dah lain kan. Tapi bila sebut nama je..terus aku teringat. Huhu..

Mungkin sebab aku pernah minat dia dulu so aku tak terasa nak minat terlebih2 sekarang ni kat dia kooott.. Kepada peminat Aaron Aziz, aku kagum korang sanggup mengundi untuk dia sampai dia menang ABPBH.  Cayalah ;)

Sekarang aku minat Ustaz Don.. Hihihihi..