Saturday, January 30, 2010

Hadiah-hadiahnya adalah....

Oh ya.. hampir-hampir aku terlupa nak update hadiah untuk contest ni. Maklumlah pekerja berdedikasi (menyampah ai..haha). Ok ok.. Ini dia hadiah2nya..

Eh chop. Hadiah yang aku nak bagi ni terbahagi kpd dua golongan iaitu golongan tuan kucing dgn golongan takde kucing. hehehe.. so, nnt kalo dah menang aku akan tanyer la hadiah golongan mana yg korang nak yer..

Kategori
Hadiah Pertama :
Seorang pemenang dengan nama yang telah dipilih oleh pihak juri.

Golongan Tuan Kucing - Makanan kucing & Saguhati dari KittyMitty.
Golongan Takde kucing - Topup RM50 & Saguhati dari KittyMitty

Hadiah Kedua :
2 org pemenang bagi blog entry yang paling kreatif atau menarik.

Golongan Tuan Kucing - Pet Carrier & Saguhati dari KittyMitty.
Golongan Takde kucing -  Topup RM30 & Saguhati dari KittyMitty

Hadiah Ketiga :
2 org pemenang bagi slogan yang paling kreatif atau menarik.

Golongan Tuan Kucing - Permainan untuk Kucing & Saguhati dari KittyMitty.
Golongan Takde kucing - Topup RM10 & Saguhati dari KittyMitty.

Thursday, January 28, 2010

Busy...

Oh aku sangat busy minggu ni.. Sabtu pon kena keje.. sampai takde masa nak hapdet aku punyer blog.. Disebabkan internet connection kat ofis pon cam bengong2 minggu ni, telah membuatkan aku lagi malas nak hapdet blog.

Apa2 pon.. teruskan memikirkan nama yang sesuai yer tuk anak Oleo.. ;).. Oh yer.. hadiah nya akan diberitahu sabtu ini.. (confirm).. tungguuu

Friday, January 15, 2010

Aksi tido anak bulus..

Semalam aku dapat amek gambar anak2 Oleo tido dengan gaya bebas.. Nah..

Masing2 tgh nyenyak tido tu

 
Warna dia ni sebenarnya warna coklat2.


Yang ni tgh mimpi indah kot. Huhu



Memang sah tgh mimpi best ni..


Dah terjaga..


Masih mamai teringat mimpi tadi kot.. haha



Lepas tu tido telentang plak..


zzzzzzz.........



Ni mesti dah boring asyik kena amik gambar jer.. huhu


 Oit.. pandang sini laaaaa... huh. sombong..

Itu jelah yang aku nak kongsi pada hari ini.. Sekian, terima kasih. ;) hehe

Wednesday, January 13, 2010

Sedih dan Gembira

Dekat 4 hari aku tak update blog ni. Selalu je aku jengah tapi takde masa nak post entry. Sorry sangat kat kawan2 yg tak sabar nak tahu perkembangan terbaru anak2 Oleo. Hehe..

Nak cerita sedih ke yang gembira dulu ek.. hermmmm.. cerita sedih dulu la ea.. Untuk pengetahuan korang anak Oleo yang berwarna hitam putih tu dah pon mati. Aku rasa dia tak dapat menyusu dari ibu dia kot. Yang aku perasan dia mengeow2 lemah. Baru aku teringat dah 2 hari aku tak jenguk2 anak Oleo.. yela aku malas nak tengok banyak2 kali takut Oleo pindah2kan anak dia. Rupa2nya sepanjang 2 hari tu anak Oleo yang hitam putih tu dah kurang menyusu atau pon tak dpt menyusu. Herm..

Lepas aku perasan dia sangat lemah tu, husband aku cepat2 beli susu kucing kat kedai nak suapkan sendiri. Kita org berjaya jugak susukan dia.. tapi sbbkan dia dah lemah.. dia tak dpt diselamatkan lg. Tak sampai sejam lepas aku ambil dia tu, dia pon mati. Kalo bawak g klinik pon aku rasa doktor tak boleh buat apa2.

Ni la gambar terakhir dia.. sedih jugaklah.. tapi nak wat camne kan...sayu jelaaa..


Ok ok..cukup2lah dengan cerita sedih tu. Kalo diingat mesti menyesal tak sudah. Yang berita gembira nyer..
Dua lagi anak Oleo adalah di dalam keadaan sihat walafiat.. dah gemuk2 belaka.. huhu.. Sekarang pon Oleo dah tak kisah nak pegang2 anak dia dah. Dia dah tak pindahkan lg anak dia. Mungkin sbb anak dia dah gemuk n dia pon tak larat nak bawak.. :P

Dua anak bulus ni memang suka sangat tido dekat2 lepas tu macam2 style.. tapi aku paling suka dengan style yang ni.. hihihi.. sgt comel

Comelkaaaannn.. haha.. kecik2 dah tido berpeluk..Lepas tu kan, diaorg ni suka sangat tido mcm terkujat2.. hubby aku cakap kena bedung kot.. :P (hahaha..ingat manusia ke nak bedung2 ni)

Akhir sekali, aku dah belikan Oleo rantai.. berlocengkan warna emas.. hehe.. lawa tak..


Oklah..aku nak balik dah ni..jam dah menunjukkan pukul 5:05pm.. Mari kita pulaaanggg... :D

Friday, January 8, 2010

Kisah Semalam

Alkisahnya, semalam (cerita dah basi ni) huhu... aku tertinggal beg tangan aku dekat rumah masa nak pegi keje. Nasib baik aku dah siap2 pakai kad pekerja aku. Kalo tak tak dpt la aku masuk ofis. huhu.. Duit dgn henset tu takpe.

Ni sumer Oleo punyer pasal. Aku keluar rumah dia pon sibuk gak nak keluar. Dah la dia dilarang sama sekali keluar rumah.. bukan apa takut diambil org. hehe.. Kereta pon lalu lalang..seram aku. Aku kejar-kejar..aku rasa beg tangan aku menyukarkan aku nak tertunduk-tunduk tengok Oleo kat bawah kereta nak suruh dia masuk.. Aku pon letak la beg aku dekat atas motor kat rumah.

Lepas je Oleo masuk rumah, aku pon terus tutup pagar..dan dengan berlenggang terus masuk dalam kereta. Sampai je kat ofis.. time tu la baru aku perasan beg tangan aku tertinggal.. huhu.. Jadinya semalam aku adalah berlenggang kangkung pergi ofis.. huhu.. Memang terasa lain mcm jer. :P

Aku rasa aku elok belikan Oleo benda ni la..  Senang aku nak bawak dia jalan-jalan. Lepas kan gian dia jer. huhu.. Rasanya sesuai tak kucing pakai ni ek. Selalu org pakaikan kat anjing jer..
Ini lah dia yang dipanggil Leather Stud Collar and Lead Set. Nak beli lah satu.

Wednesday, January 6, 2010

Pantas dan sedap.... yeahhh..

Pantas.... sedap? huhu.... Apa tu? Oh.. ini adalah entri untuk org yang selalu bangun pagi lepas tu kelaparan. Bila ke dapur terasa sangatlah malasnya nak potong bawang, potong cili atau bancuh tepung. Kalo ada meggi bodoh pon nak kena masak air lagi. Aku confirm makanan ni adalah terpantas dari meggi. kekeke..

Yer ini dia kawan-kawan.. capati segera dan roti canai segera. Aku suka capati segera tu.. sedap plak.. sebelum ni punya la aku tak suka capati.. tp sejak mkn capati instant ni terus tersuker.. hehe

Inilah dia pack capati instant.. jenama kawan. kat giant or tesco ada kot. Mesti ada yang baru dengar kan. hihi...


Ni lah dia capati setelah di masak. Nak masak dia ni takyah pakai minyak.Nampak kurang menarik tapi rasanya boleh tahan gitu.


Yang ini plak roti canai instant. Yang ni kalo goreng kena letak minyak. Macam biasalah kan. Sedap mcm lemak2 sket.. Lepas tu garing. nyumm..nyumm


Ini lah rupa setelah aku masak dia dengan teramat kurang minyak.. Aku nak kurangkan minyak dalam makanan.. hehe.. tapi kalo lebih sket minyak roti ni jd lebih cantik dan sedap. Confirm!.. Hihi

Ok, kalo nak masak tu korang panaskan je kuali.. kuarkan capati / roti canai tu dari tempat beku terus je letak dlm kuali. Takyah defrost.. biasanya aku makan dengan gula jer.. kalo nak mkn dengan susu pekat pon boleh. Kalo korang ada lauk kari semalam ke atau sambal semalam ke (kalo rajin buat la yang baru) ..boleh la buat cicah2.. hehe. Pastikan lauk semalam tu elok lagi oke. Kalo dah basi korang buat cicah jgk tak tahu la nak kata apa. huhu..

Monday, January 4, 2010

Kasut tumit tinggi boleh jejaskan kesuburan wanita.



LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan.

Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.

"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.

"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.


FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi

* Jejaskan peluang untuk dapat anak
* Punca rambut gugur
* Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
* Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
* Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid

----------

Cuma nak share dengan korang pasal article ni.. aku terjumpa plak masa tgh googling.. hehehe.. :D

Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita --> ada ke orang yang pakai kasut tumit tinggi sampai 5inch? huhu.. gila ah

Hmmm..betul ker?

Friday, January 1, 2010